Pinjaman peribadi

Pinjaman Peribadi di MalaysiaDefinisi pinjaman peribadi adalah pembiayaan untuk di mana tujuan penggunaan wang pinjaman tidak perlu didedahkan kepada pihak peminjam semasa permohonan. Dana daripada pinjaman peribadi boleh diguna untuk pelbagai tujuan seperti melancong, membayar perbelanjaan isi-rumah, membayar balik hutang, perbelanjaan semasa perayaan, bil perubatan, tujuan kecemasan seperti memperbaiki kenderaan atau rumah, kos pinjah rumah, bayar yuran pendidikan dan sebagainya. Kebanyakan pakej pinjaman peribadi yang di tawarkan di Malaysia biasanya tanpa cagaran dan tidak perlu penjamin.[1]Kadar faedah pinjaman peribadi biasanya lebih tinggi berbanding pinjaman spesifik seperti pinjaman kenderaan, perumahan atau perniagaan. Tidak seperti pinjaman rumah yang menggunakan kaedah reducing balance – pengiraan faedah pinjaman peribadi biasanya menggunakan kaedah kadar faedah tetap. [2] Selain itu, pengiraan penjelasan hutang secara awal untuk pinjaman peribadi biasa mengikut kaedah jumlah digit yang mengenakan kebanyakan faedah pada permulaan pinjaman. [3]Sejak tahun 2013, tempoh maksima pembayaran balik pinjaman dihadkan kepada 10 tahun oleh Bank Negara Malaysia dalam usaha mengurangkan hutang isi rumah Malaysia yang berada di tahap antara paling tinggi di Asia. [4]

Rujukan

WikiPedia: Pinjaman peribadi http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=1115475 http://www.businessdictionary.com/definition/perso... http://www.pinjamanislamik.com http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.mbsb.com.my/retail_personal_financing.h... http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/amaran-k... http://www.sinarharian.com.my/nasional/syarikat-pi... http://www.pinjamanberlesen.net http://www.koperasimalaysia.org https://duitanda.com/cara-buat-pembiayaan-pinjaman...